SELAMATKAN GAZA, PALESTIN~

Ya Allah, Selamatkan GAZA!! AllahuAKbar!!

Save Gaza, Palestine! Kekejaman Israel semakin melampau-lampau apabila terus-terusan menyerang Gaza tanpa alasan yang munasabah dan tak masuk akal. Dimana kuasa-kuasa besar yang kononnya mahu memerangi keganasan? Takkan hanya mampu pejamkan mata melihat kekejaman yang berlaku di depan mata?

Save gaza Save Gaza, Palestine!

Setiap kali serangan ke atas Gaza, Palestine, pasti ada saja alasan tak masuk akal dibuat Israel bagi meng’halal’kan perbuatan mereka. Dari zaman jahiliah sehinggalah ke zaman moden kini, sikap mereka masih sama..kekal tak bertamadun seperti syaitan yang bertopengkan manusia. Niat mereka untuk menakluk seluruh Palestine tetap diteruskan walaupun dikecam dan dikutuk masyarakat dunia.

Perangi Israel, Selamatkan Gaza!

Pelbagai cara yang kita boleh lakukan untuk membantu saudara-saudara seagama kita di Gaza. Gunakanlah setiap kemahiran dan kemampuan yang ada sepertimana rakan-rakan kita di seluruh dunia untuk membantu rakyat Palestine. Pejuang dan masyarakat Palestine bukan saja berjuang mempertahankan negara mereka malah maruah agama mereka.

Selamatkan Gaza, Palestine!

Selamatkan Gaza, Palestine! biarpun hanya sekadar doa..Allahuakbar!

Doa Untuk Mu, Sahabat...

 "Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. ...."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Maal Hijrah 1433


Ucapan Salam Maal Hijrah 1433H

Sempena kedatangan tahun baru Islam hari ni, maka berduyun-duyun umat Islam yang kini sedar untuk memeriahkannya. Ini sesuatu yang menarik.

Apa azam tahun baru anda?? Adakah azam tahun lepas dah terlaksana sepenuhnya?

Tanpa kita sedar umur kita semakin meningkat. Banyak perbuatan salah yang kita buat. Apakah kita sudah bertaubat? Bukankah Kiamat boleh jadi bila-bila masa saja?

Sedar tak sedar, kita akan masuk ke tahun baru 1433 Hijrah pada esok hari. Cepat sangat masa berlalu kan? Rasa macam baru jer baca doa untuk awal tahun dan akhir tahun.. Tapi pejam celik, pejam celik, dah masuk tahun baru lagi.

Aku ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1433 Hijrah. Semoga tahun baru Hijrah 1433 ini akan memperkokohkan lagi azam kita utk terus berkhidmat, berbakti dan berjuang demi agama, bangsa dan watan. Marilah kita sentiasa berdoa agar bangsa, agama dan tanahair kita akan terus berada didalam peliharaan dan keberkatan ALLAH SWT....

Tidak lupa juga kami merakamakan ucapan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H kepada seluruh umat islam walau di mana jua berada. Juga didoakann agar kita bersama-sama dipermudahkan untuk menjalankan tanggungjawab kepadaNya. Moga jiwa makin tenang, muka makin ceria dan hidup lebih berkat. Insyaallah.

Amin.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS