ABIM BERSAMA UMMAT~


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

8 April 2012, Ahad @ Hospital Tanjung Karang, 11pg - Seramai 21 orang sukarelawan ABIM Selangor yang terlibat dalam Ziarah Hospital Tanjung Karang, Selangor anjuran HELWA ABIM Selangor dan HELWA Zon 1 (T.Karang-S.Bernam-K.Selangor). Turut memberi kerjasama dalam program ini ialah SAHABAT Hospital dan jururawat hospital.

Objektif program ini ialah :

1) mengeratkan hubungan diantara pihak ABIM dengan hospital
2) memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada pesakit
3) memperkenalkan khidmat sukarelawan ABIM kepada hospital
4) mendedahkan ahli gerakan kepada gerak kerja dakwah di hospital.

Hj Roslan yang merupakan sukarelawan SAHABAT Hospital telah memberi penerangan tentang etika dan adab semasa melawat pesakit. Sukarelawan ABIM Selangor dipecahkan kepada 2 iaitu wad lelaki dan perempuan/kanak-kanak.

PEPIAS Kuala Langat turut menghantar seramai 7 orang untuk membantu dari segi teknikal, tenaga, dan lain-lain. Program berakhir dengan sumbangan dari ABIM Selangor kepada pihak SAHABAT Hospital dan jururawat hospital, dari YDP ABIM Selangor Sdr Khairudin Abas.

Semoga ramai lagi umat Islam yang tegar untuk dakwah di lapangan, insyaAllah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS