SELAMATKAN GAZA, PALESTIN~

Ya Allah, Selamatkan GAZA!! AllahuAKbar!!

Save Gaza, Palestine! Kekejaman Israel semakin melampau-lampau apabila terus-terusan menyerang Gaza tanpa alasan yang munasabah dan tak masuk akal. Dimana kuasa-kuasa besar yang kononnya mahu memerangi keganasan? Takkan hanya mampu pejamkan mata melihat kekejaman yang berlaku di depan mata?

Save gaza Save Gaza, Palestine!

Setiap kali serangan ke atas Gaza, Palestine, pasti ada saja alasan tak masuk akal dibuat Israel bagi meng’halal’kan perbuatan mereka. Dari zaman jahiliah sehinggalah ke zaman moden kini, sikap mereka masih sama..kekal tak bertamadun seperti syaitan yang bertopengkan manusia. Niat mereka untuk menakluk seluruh Palestine tetap diteruskan walaupun dikecam dan dikutuk masyarakat dunia.

Perangi Israel, Selamatkan Gaza!

Pelbagai cara yang kita boleh lakukan untuk membantu saudara-saudara seagama kita di Gaza. Gunakanlah setiap kemahiran dan kemampuan yang ada sepertimana rakan-rakan kita di seluruh dunia untuk membantu rakyat Palestine. Pejuang dan masyarakat Palestine bukan saja berjuang mempertahankan negara mereka malah maruah agama mereka.

Selamatkan Gaza, Palestine!

Selamatkan Gaza, Palestine! biarpun hanya sekadar doa..Allahuakbar!

Doa Untuk Mu, Sahabat...

 "Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. ...."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Maal Hijrah 1433


Ucapan Salam Maal Hijrah 1433H

Sempena kedatangan tahun baru Islam hari ni, maka berduyun-duyun umat Islam yang kini sedar untuk memeriahkannya. Ini sesuatu yang menarik.

Apa azam tahun baru anda?? Adakah azam tahun lepas dah terlaksana sepenuhnya?

Tanpa kita sedar umur kita semakin meningkat. Banyak perbuatan salah yang kita buat. Apakah kita sudah bertaubat? Bukankah Kiamat boleh jadi bila-bila masa saja?

Sedar tak sedar, kita akan masuk ke tahun baru 1433 Hijrah pada esok hari. Cepat sangat masa berlalu kan? Rasa macam baru jer baca doa untuk awal tahun dan akhir tahun.. Tapi pejam celik, pejam celik, dah masuk tahun baru lagi.

Aku ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1433 Hijrah. Semoga tahun baru Hijrah 1433 ini akan memperkokohkan lagi azam kita utk terus berkhidmat, berbakti dan berjuang demi agama, bangsa dan watan. Marilah kita sentiasa berdoa agar bangsa, agama dan tanahair kita akan terus berada didalam peliharaan dan keberkatan ALLAH SWT....

Tidak lupa juga kami merakamakan ucapan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H kepada seluruh umat islam walau di mana jua berada. Juga didoakann agar kita bersama-sama dipermudahkan untuk menjalankan tanggungjawab kepadaNya. Moga jiwa makin tenang, muka makin ceria dan hidup lebih berkat. Insyaallah.

Amin.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Buruh @ Sungai Gabai

gonna miss this place
Assalamualaikum w.b.t.....ape kbar blogger2 semua, harap2 sihat la ye, kikikiki post kali ni adalah tentang percutian my family and I di sg Gabai sempena cuti Hari Buruh 1/5/2012 (Selasa). hari buruh merupakan hari cuti umum untuk semua rakyat Malaysia khususnya untuk golongan yang bekerja. hahaha. petang isnin tu aku balik keje, then lepas mghrb my mom asked me, esok nk ikot ke? aku pon excited la en, yela kuar ngn fmly la yg paling best bg aku, hehe aku bls la xd kuar mane2 la mom, nape? mom nk peg mane? then jwpn paling best, "ayh nk bawk sume g sg gabai", aku pnyer la gmbre mlm tu tp xd la smpai lompat2 en, hahe kena la cover skit. mlm tu gk aku pack brang, haha esok pg2 kol 7.00pg dh bertolak.

sume fmly bgn awl dgn aku2 skali, haha pastu dh dgr ayh start kete....haaaaaaaaaaaaa part ni yg pling best, dlm fmly aku, ble ayh kate pkul 7.00pg bertolak, means that suuuuuuume mmg dh siap bkn BARU NAK BERSIAP, kikiki sebelum ayh start kete sume dh kena ad kt luar rumah, but aku saket perot, arghhhh! dan2 pg tu la perot meragam, so aku persiapkan dlu mane yg ptot then baru siap2 g sg gabai, kol 7.30pg gk la aku siap, seb baek mama cover, mean mama pon siap lmbt, kikikiki mood ayh baik plak hari tu, thanks Allah!!!

ok, vrooom deruman ferarri merah (viva) + lamborgini coklat metalic (saga), haha kami pon meninggalkn perkarangan rumah, dum dum dum bnyi radio sbg halwa tlinga, adk yg kecik2 sume naik ngn ayh mean kete depan, yg dh besa naek kete kakak, kikikikik then tbe2 ayh belok kiri aku tgk la sekeliling xd  pape pon, tetttttttttt kedai makan, comfrm sapan pagi, bisik hati aku, haha then kiteorg mkn la ramai2, aku x sapan sbb mmg aku jarang sarapan pagi ni, so aku order jela teh o panas, then ad plak paper depan mate, then sarapan ntah ke mana, teh o panas ntah ke mana, sbb paper dgn mate en, so khusyuk gler aku bace, pastu mama ckp "eh dh lekas, nk gerak ni" haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku tgk sume org dh gerak aku je kt meja tu, aku minum 3 teguk je, hahahah, tp Alhamdulillah sbb ad gk mkanan.....

then kiteorg lalu kesas nk cpt smpai en, yela lau lmbt nnt org ramai, lebih kurang pkul 9.00pg cm tu kiteorg pon smpai, tp tu la ramai gk org, hahahah bwk fmly plak tu, mmg ramai r en, then kiteorg tggu kwn ayh sbb dh jnji, so tggu lagi skit, pdhal aku cm dgr suara air sg yg dh pggil aku, "muslim, muslim," seram glerrrr!, kikikiki then kwn ayh smpai, 50 org wei, tu student ayh sume nye sbb ayh aku ni jurulatih JPA Uitm Shah Alam, so sempat la aku jmpe abg2 + akk2 yg aku jmpe last 3 thn lepas, hahaha dieorg kate "dh hensem skng" gler blushing aku, kikiki, but seyesly aku mmg hensem kan? kan? hahahah korang jgn nk kate pasan ea, aku tampa kang! hahaha Alhamdulillah dh smpai...

kiteorg peg kt tempat glongsor sg gabai tu, adik2 aku plak dh tarik2 tgn, mama pon bg signal hijau, yabedabeduuuuuuuuuuuuuuu, bushhh! kiteorg mandi sg, haha buuuurrrr! sejuk gler! mean sg ni x tercemar, hahah bnyk aktvt adik beradik kiteorg buat, 1) susun batu, 2) gilir-gilir jage adik yg 4 thn tu, 3) maen gelek2 telur, 4) berita kepala 4, 5) teka teki, hahaha ad la 4 jam kiteorg berendam dlm air tu, yang paling best, kt sg tu ad haiwan pelik what? seyesly, korng try r peg sane, msti ad pnye....kiteorg pon tngkap la sume animal ni en, dpt la gk, nnt korng tgk kt pic bawah ni. hahahah

aduiii lebih kurang pkul 12 cm tu org dh mule ramai, kiteorg pon ckp ngn mama, jom la balik, org dh ramai la, air dh keruh, tmpt nk mandi pon dh xd, mama pon bncng ngn ayh, then ayh pggl, cantikkk! tp....jeng jeng jeng rupenye ayh ajk mkn dulu bbq student ayh tu, hahaha kiteorg pon bantai la 6 ketul, dgn kepak, dgn paha, sume kiteorg mkn, kikikiki tq la abg2 + akk2. then kiteorg turun tok siap2 balik

balik tu plak, my family and i singgah warung tok mkn tgh hari, hahah kuat mkn gk aku, aku pon lapa gler time tu, huh! aym + lauk + nasi putih aku tibai, fuuhhh lega perot aku dh diisi lau x isi nnt asyk nynyi lagu bengang je perot aku, haha then kiteorg singgah masjid, solat zohor jemaah, then tinggg! mentol mula timbul dlm otak aku, HOME!!! hahahah, untung la bdan sbb kakak aku yg drive, aku dh selamat Zzzzzzzz, tawu2 dh smpai rumah, HOME SWEET HOME <3, Alhamdulillah, walaupn 1 hari tp ia ckup bermakna bg fmly aku, Thank You Allah sbb berikan aku nikmat yg paling indah (my family), TQ gk Malaysia sbb wt Hari Buruh, hahhaha Alhamdulliah & terima kasih

*kpd sume mmber aku, sory sgt sbb xdpt hang up ngn korang, BUT family adalah keutamaan aku

sekian dulu warkah kali ini,
mek timah sungguh rupawan
add fb aku mus wan

terim kasih daun keladi,
panjang umur jumpa lagi


huuuuuuuuuu rindu gler

ni lautan mat motor, ramai kan?

pengunjung yg dtg dgn family, ni baru base, ramai gler

aiskrim tu sdp

seyesly sdp gler

fmly yg dtg dgn kete

jauh gler kena jalan kaki

ni dh penghujung jalan, org tu kena walk 3km dri pintu masuk tdi

ni la haiwan tu, teka la

blakang aku pintu masuk, hujung tu simpang nk masuk

huhuhuhu rindu lagi

ni la santapan lunch aku, amacm? terliur en, kikiki
Assalamualaikum


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ABIM BERSAMA UMMAT~


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

8 April 2012, Ahad @ Hospital Tanjung Karang, 11pg - Seramai 21 orang sukarelawan ABIM Selangor yang terlibat dalam Ziarah Hospital Tanjung Karang, Selangor anjuran HELWA ABIM Selangor dan HELWA Zon 1 (T.Karang-S.Bernam-K.Selangor). Turut memberi kerjasama dalam program ini ialah SAHABAT Hospital dan jururawat hospital.

Objektif program ini ialah :

1) mengeratkan hubungan diantara pihak ABIM dengan hospital
2) memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada pesakit
3) memperkenalkan khidmat sukarelawan ABIM kepada hospital
4) mendedahkan ahli gerakan kepada gerak kerja dakwah di hospital.

Hj Roslan yang merupakan sukarelawan SAHABAT Hospital telah memberi penerangan tentang etika dan adab semasa melawat pesakit. Sukarelawan ABIM Selangor dipecahkan kepada 2 iaitu wad lelaki dan perempuan/kanak-kanak.

PEPIAS Kuala Langat turut menghantar seramai 7 orang untuk membantu dari segi teknikal, tenaga, dan lain-lain. Program berakhir dengan sumbangan dari ABIM Selangor kepada pihak SAHABAT Hospital dan jururawat hospital, dari YDP ABIM Selangor Sdr Khairudin Abas.

Semoga ramai lagi umat Islam yang tegar untuk dakwah di lapangan, insyaAllah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS